Thursday 13 June 2013

MAJLIS NUQABA' DARUL QURAN









MAJLIS  NUQABA' merupakan satu pertubuhan yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ). Majlis Nuqaba' atau yang biasa dipanggil MN berfungsi sebagai satu wadah untuk mengelola para Naqib dan Naqibah sekaligus melicinkan perjalanan Usrah di Darul Quran.



Tanzim Asas Majlis Nuqaba' Darul, Quran



Barisan Pimpinan Majlis Nuqaba' Darul Quran 12/13


EX-OFICIO
ISMAIL NAZARUDDIN
BUSYRA ISMAIL

PRESIDEN
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD NASIR

TMBALAN PRESIDEN 1
WAN AMIR AFHAM BIN WAN YUSOFF

TIMBALAN PRESIDEN 2
ATIKAH SYAMILAH BINTI MAT AZID

SETIAUSAHA
MUHAMMAD TASYRIF BIN ZAKARIA

TIMBALAN SETIAUSAHA
IZZATUL WAFA BINTI RIJALUDDIN

BENDAHARI
MOHAMAD HASBULLAH BIN HASHIM

TIMBALAN BENDAHARI
NURUL AIDAH BINTI LIMAT

KETUA JABATAN TARBIYAH DAN KEPIMPINAN
MUHAMMAD SYAZWAN FAIZ BIN SHAHROM

TIMBALAN KETUA  JABATAN TARBIYAH DAN KEPIMPINAN
SHAFIDA BINTI OSMAN

KETUA JABATAN THAQOFAH
MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD ZUKI

TIMBALAN KETUA JABATAN THAQOFAH
NURUL IFFAH BINTI IDRIS

KETUA JABATAN PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
MUHAMMAD DAWUD AL-HAWARIY BIN HAMIZAN

TIMBALAN KETUA JABATAN PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
NUR SYUHADA BINTI MOHD ZAINUN

KETUA JABATAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN
IZZAT KHAIRIL BIN SALIM

TIMBALAN KETUA JABATAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN
NUR SHAKIRA BINTI MADIN

KETUA JABATAN EKONOMI
MUHAMMAD SAFWN BI ISMAIL

TIMBALAN KETUA JABATAN EKONOMI
AINA MARDHIAH BINTI CHE MAT






MOTO MAJLIS NUQABA' :

KREDIBILITI NUQABA TERAS KEIZZAHAN USRAH

MATLAMAT MAJLIS NUQABA' :

SEBAGAI SATU WADAH UNTUK MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN PENDOKONG PERJUANGAN ISLAM UNTUK MENCAPAI KEREDAAN ALLAH


OBJEKTIF MAJLIS NUQABA' :

1)                MELAHIRKAN INSAN RABBANI YANG TAAT DAN PATUH KEPADA Allah taala dan nabi Muhammad s.a.w.
2)                Sebagai satu wadah untuk menggerakkan agenda tarbiyah di darul quran.
3)                Sebagai satu wadah untuk memastikan kelangsungan agenda tarbiyah di darul quran.
4)                Menyusun dan mengatur manhaj tarbiyah serta menggerakkan melalui usrah.
5)                Menggerak dan memantapkan system usrah di darul quran berdasarkan manhaj-manhaj yang disusun.
6)                Merancang dan melaksanakan program-program bagi memantapkan usrah darul quran.
7)                Melatuh daya kepimpinan yang kreatif, islamik, beraspirasi dalam kalangan mahasiswa darul quran melalui pengalaman lepas dan kehendak semasa berdasarkan al-quran dan sunnah.

8)                Sebagai wadah bagi menyemai dan menyuburkan ukhuwah, mahabbah dan mawaddah sesama ahli.





Berminat untuk menjadi Naqib/Naqibah ?

Majlis Nuqaba' akan membuka borang permohonan kepada siapa-siapa yang berminat. Borang hendaklah diisi dengan lengkap.
Kemudian, calon tersebut akan dipanggil untuk menjalani temuduga yang akan dibuat oleh Majlis Nuqaba'.
Calon hendaklah menjawab beberapa set soalan yang berbentuk ujian bertulis dan ujian lisan.
Calon yang mendapat markah yang tertinggi akan dipilih sebagai ahli Majlis Nuqaba' atau Naqib/ab.

Setelah dipilih menjadi Naqib/ab, mereka perlu menjalani satu program persediaan sebelum mendapat ahli usrah atau Program Induksi Nuqaba'.

Explorace ke Kuala Lumpur dalam Program Induksi Nuqaba'

Setelah itu, akan diadakan Malam Pelancaran Usrah, yang mana Naqib/ab akan mendapat usrah masing-masing..





usrah baru... yeay !

ikrar Nuqaba'

adik-adik yang akan dapat usrah.. :)



Presiden kami :P

Silibus Usrah Tahun Satu :

- Tafsir Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas
- Tafsir Surah Al-Baqarah : 208-209 (Islam secara Kaffah)
- Tafsir Surah Al-Buruj (Ashabul Ukhdud)
- Surah Al-Baqarah : 216 (Kehendak atau keperluan)
- Al-Ahzab : 21 (Rasul sebagai Role model)
- Ali-Imran : 104 (Amar makruf nahi mungkar)
- As-Saff : 14 (Barisan Kukuh)
- Pengenalan kepada usrah
- Aqidah islamiyah pegangan yang utuh
- Konsep syahadatain dan tuntutannya
- Akhlak islamiyah dan tuntutannya
- Islam sebagai Addin
- Apa itu tarbiyah
- Konsep ibadah dan tuntutannya
- Dakwah individu dan kelompok
- Kehidupan Baginda selepas diutus menjadi Rasul
- Permulaan wahyu sehingga hijrah ke Habsah
- Hijrah sehingga nabi stabil di Madinah
- Perang Badar, perang uhud, perang bani Nadhir, perang Ahzab
- Perkara Niat dan yang berkaitan dengannya
- Islam bermula dengan dagang
- Hadith ihsan
- Dunia penhara orang mukmin dan penjara orang kafir
- Perkara takwa dan berkaitan dengan
- Hadith Bid'ah
- Wajib menuntut ilmu agama dan kelebihannya
- Pengenalan kepada kampus life
- Hiburan dan muamalat dalam islam
- Keruntuhan akhlak
- Mahasiswa dan masyarakat
- Pasang surut umat Islam
- Adab menangani perbezaan pendapat
- Pengurusan dalam Islam
- Mengenali serangan pemikiran


okey, mesti nampak pelik kan ? tiba-tiba saya cerita pasal Majlis Nuqaba'..
act, nie hanyalah untuk sementara..
ada beberapa perkara yang belum diselesaikan..
kepada sesiapa yang pernah tanya saya pasal usrah di Darul Quran, boleh rujuk kat sini yea..
sini pom boleh... :)
apa-apa pertanyaan atau komentar, boleh terus hubungi saya... 
syukran...








Sunday 2 June 2013

"mabruk alaiki" : Nikah itu Sunnah


"dan nikahkanlah orang yang bujang antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui."

[Surah An-Nur : 32]




amboi hang..sunnah yang nie hang nak buat.. sunnah lain ?
haa, macam mane tuan-tuan ?
apa-apa pom, jom puasa sunat isnin esok !
hee..
(tak dek kene mengena dengan awak)


***************************************************


1 june 2013...
Alhamdulillah naqibah saya telah selamat diijab kabulkan..

dalam keadaan masyarakat yang semakin berlumba-lumba dalam memewahkan majlis walimah,
naqibah saya tidak mudah melatah..
persediaan yang cukup ringkas namun tetap meriah..
yang penting pandangan Allah..


debaran menanti lafaz sampai kami pun turut merasai..
cewahh..
macam saya punye majlis pulak..
( malu seminit ! )



tahniah ayong Ahadiyah !
jadi isteri solehah yea. :)



ini gambar buat tatapan adik beradik usrah saya yang lain yang tak dapat hadir..
baik kan saya ? :P
baik ada makna taw.. tak larat nak jawab soalan kamu semua yang berkajang..hehe









ayong simpan hadiah kami elok2 taw.. :)



perjalanan ke klang (rumah naqibah saya) amat lar menakutkan dan memenatkan..
namun, kemanisan berukhuwah bersama adik beradik usrah sangat manis..
kepenatan hilang bersama keseronokan dan pengalaman baru.. :)
"bermusafirlah untuk lebih dekat dengannya"


thanks Allah !
semoga ukhuwah sampai syurga..

buat naqibah tersayang..
syukran kerana tak pernah jemu dengan kerenah kami..
syukran kerana mengubah kami..
syukran kerana banyak membantu menambahkan thaqofah kami..
syukran atas segalanya...

doaku agar kau sentiasa mendapat yang terbaik dalam urusanmu..
jadilah isteri yang sentiasa menyenangkan suami..
sayang ayong ahadiyah dan along hanim !


pesanan penaja : baju hijau tu jubah usrah kami..cantik kan.. saya tak sempat nak pakai pulak.. :P
doakan saya cepat khatam yea tuan tuan.. :)
syukran !