Saturday 25 February 2012

FREEDOM SYRIA !



sedikit sambungan dari article saye yang lepas..

apa yang berlaku ?

*4000 rakyat Syria syahid
*39000 tercedera tanpa dirawat
* 413 syahid dipenjara
* tidak dibenarkan melaungkan "Takbir"
* wanita diculik, digari sebelum dirogol
* dipaksa melafazkan "laa illaha illah Basyar Asad"

Siapakah Basyar Asad ?

Basyar Assad merupakan anak kpd Hafez Assad yg dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria.
sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi.
pada tahun 1982, peristiwa yg berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh rejim Assad.
 Selepas itu mereka berterusan melakukan  kekejaman terhadap rakyat Syria

Dua punca berlakunya revolusi di Syria

1. Penindasan terhadap rakyatnya yang tidak pernah henti selama 40 tahun.
2. Kebangkitan rakyat di negara-negara arab sekitarnya dan sejumlah 28 kanak2 remaja Syria yang menconteng dinding "Rakyat mahu jatuhkan kerajaan" telah ditangkap, diseksa, dicabut kuku tangan dan kaki hingga salah seorang daripada mereka meninggal.

Penipuan Kerajaan Syria

kerajaan Basyar Assad terdesak mempertahankan kedudukannya  sehingga memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan utk mengaburkan fakta dan menipu dunia bahawa rakyat masih lagi menyokongnya.
mereka diugut dihilangkan pekerjaan mereka jika mereka tidak mahu menyokongnya.


so, ape peranan kite selaku seorang Muslim dan selaku seorang manusia ?
doakan saudara kite di Syria..
hulurkan bantuan utk mreka dari segi kewangan..
sebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di sana..

wallahualam..:)




Thursday 23 February 2012

between BOY n GIRL



"apa hukum lelaki dan perempuan berhubung tanpa sebab?"



nie tiqah punyer soalan. tapi saya tahu, dia dah tahu jawapannya.
cuma nak kan kepastian..
kan atiqah syuhada ? :)
okey..nie jawapan saya dari pandangan saya yag masih byk kekurangan dan kekhilafan..
harap dapat membantu awak...

dari buku
 Fatawa Al Mar atul
Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah
diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya
adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu
ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan
bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan)
berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang
berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan
jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak
juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika
tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang
disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan
wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT
berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan
yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu
setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan
menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang
baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith
sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj)
seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun
sekarang.



4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan
lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan
terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya
ketika perjumpaan dengan lelaki.

5.
 Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang
perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan
sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada
keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama
(makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat
juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan
sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat
(cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu
hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan
berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang
boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu
tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi
kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini
kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.





dan yang paling penting bagi saya, muslimah mestilah menjadi profesional 
dalam semua aspek tetapi pada masa yang sama masih lagi menjaga 
batas-batas syariat yang ditentukan..

profesional bukan menjadi tiket kepada kite untuk melakukan something
yang akan menjatuhkan maruah kite..
jagalah maruah dan nama masing-masing..
profesional boleh saya tafsirkan sebagai neutral..
tidak terlalu berasid dan tidak terlalu beralkali..



masing-masing ada pandangan yang tersendiri..
ini adalah sedikit perkongsian dari saye..
sesuaikanlah setiap pandangan orang dengan keadaan diri kita..
andai pandangan si A tidak sesuai dengan kita, gunalah pandangan dari si B..
tapi, syariat Allah tetap dijadikan signboard..

lastly, jangan disebabkan benda-benda kecil kita bergaduh dan bertikah lidah..
banyak lagi masalah ummah yang perlu kita fikirkan..
e.g  Syria..

kata Prof Dr. Yusuf  Abdullah Qardawi dalam kitabnya "Fiqh Aulawiyyat"
beberapa perkara penting  yang telah dilalaikan oleh kaum Muslimin antaranya ialah
mereka lebih mengutamakna kerja-kerja yang termasuk dalam kategori cabang dan ranting, bukan kerja-kerja yamg asasi dan pokok.
 Mereka mendahulukan perkara2 yg remeh, tetapi melalaikan perkara2 yang penting dan asasi seperti keimanan, pembinaan aqidah, tauhid dan ikhlas hati hanya kpd Allah S.W.T..

sebarang yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri...
wallahualam...:)




ADA APA DENGAN SYRIA ?

apa yang terjadi dengan syria sekarang ?
negara umat islam sekarang yakni saudara-saudara kite..
jom peka terhadap isu semasa !

Syria yang dipimpi oleh Basyar al Asad berada dlm keadaan yang sgt genting !


berlaku byk kekacauan berlaku.
kanak-kanak ditangkap dan diseksa..
kuku-kuku mereka dicabut dan kadar kematian meningkat saban hari.
muslimah dicabul dan macam2 lagi kekejaman yang berlaku.





bilakah Basyar al Asad mahu berhenti dari melakukan semua ini ?
sampai bila saudara-saudara kita akan terus diseksa tanpa belas kasihan ?
siapa yg akan menjawab soalan2 tersebut ?
wallahualam..

apa yang kite dpt bantu sekarang hanyalah berdoa dan terus berdoa..
kebenaran pasti akan menang..
TAKBIR !


Friday 17 February 2012

Siapa Manusia Paling Alim ?



Suwaid ibnu Ghaflah berkata, Ibnu Mas'ud berkata bahawa Rasulallah bersabda :
"Orang yang paling alim (berilmu) adalah orang yang paling gigih menegakkan nilai-nilai ajaran (syariat)Allah. ditengah carut marut umat islam. Orang yang malas menjalankan perintah Allah tidak disebut alim, meski pun banyak ilmunya"



Kealiman seseorang bukan bersandar kepada ketinggian ilmunya. tingkat alim seseorang hakikatnya bukan bergantung pada berapa banyak sijil dan ijazah yang dimilikinya.
Apapun kelulusan akademik, setinggi mana ilmu yang dikuasai, tetapi jika kita malas dan mengabaikan syariat Allah, kita tidak berhak untuk dilabel sebagai manusia yang alim (berilmu).


so, jom jadi alim...hee..

Thursday 16 February 2012



apa itu ikhtilat ???

Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.

Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.
Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.
Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.

Diriku terfikir sejenak..ada jugak diantara kita yang terlibat (peringatan buat diri yang hina ini juga)..yakni yang hafal Al-Quran ataupun tak..yg paham agama pun xkurang jugak..hebat berkata2..sejauh pemahaman orang yg hafal Al-Quran e2 terhadap bab2 ikhtilaf ini..sejauh mana pehaman yg paham agama e2 terhadap masalah ini.. apa yang ana nampak mereka2 inilah yang melangkah jauh dalam bab ikhtilaf ini..padahal merekalah pembawa kalam Allah e2..bukankah sedih???? orang yang faham agama dengan sebetul2nya boleh terlibat dgn ini apatah lagi mereka2 diluar sana yg xmemahami or xtaw lgsg..ramai yg memberi alasan dgn berkata ini adalah urusan kerja..awal2 mmgla urusan kerja..lama2,mulalah berlarutan dgn soklan2 yg xspttnya..wujudkah cinta ana enti/ana enta???..ramai yg berjanji akan menunggu antara satu sm lain kerana jarak yg memisahkan..xpun kerana takut si dia e2 kita xmiliki..namun pernahkah kita terfikir keberkatan dalam apa yg kita lakukan ni??? TEPUK DADA TANYA IMAN..syaitan sgt bijak..mudah sj syaitan nak menyesatkan kita..perkara2 seperti inilah slh2 1 cr syaitan..bodohnya kita!!! kita terperanjat..kita masuk dalam perangkat syaitan..jangan hairan nanti bilamana suatu saat  berlakunya keruntuhan moral n akhlak yg sgt2 teruk pd golongan2 muda disebabkan bab2 ikhtilaf ini..apa peranan kita????
Ayuh pemuda!! bangkitlah…Islam memerlukan INSAN MUJAHID BERJIWA HAMBA..bukannya yg membawa kpd kelalaian..
Ayuh pemuda!! bangunlah..dengan gagah,,gunakanlah 9 akal yg dikurniakan e2..jgn kau kalah pd 1 nafsumu e2..
Ayuh pemudi!! sedarlah..ketegasanmu benteng AGAMA..
Ayuh pemudi!! tangkislah..syadidkan lah dirimu sekiranya e2 perlu..jangan sekali2 kau lemah..
ISLAM MEMERLUKAN INSAN2 YANG BERJIWA PEJUANG!!!!!!