Monday, 28 April 2014

Doktor Segala Doktor

Bismillahirahmanirohim...


Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, kita mencari lagu yang sesuai dan kene dengan jiwa untuk di dengar, bukan cari alunan ayat-ayat Al-Quran yang mampu buat jiwa kita bergetar.

Bila kita dalam kesedihan, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis kita, bukan dikongsi dengan Tuhan Yang Maha Mendengar semua rayuan hamba-hambaNya.

Bila kita marah, kita sering menjerit, meninggikan suara, menggunakan kata-kata kesat dan nista, bukan kita diam, berwudhu dan solat sunat dua rakaat dan sujud padaNya.


kalau rasa marah, diam jea..inshaallah tenang.. ^^


Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita mudah berdendam dan mahu membalasnya lebih teruk dari apa yang mereka lakukan, bukan kita bersabar dan berdoa biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahan.

Bila kita tidak menyukai seseorang, kita cuba mencari kelemahannya, memfitnah atau bergosip dan menyebarkan keaibannya sini sana, bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar.

Bila kira rasa kurang motivasi dan perlukan inspirasi, kita lihat pada 'orang-orang kaya dan ternama' di dunia, bukan kita lihat dan belajar dari mereka yang sudah dijanjikan syurga olehNya 'disana'.

Carilah segera Doktor Segala Doktor. 'Doktor' ini Maha Mengetahui. 'Doktor' ini Maha Penyayang. 'Doktor' ini Maha Mengasihani. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan kita. Bukan manusia.. Doktor Segala Doktor ini ialah Allah Azzawajalla...Tuhan saya, awak dan kita semua.. :)




************************************************************

Artikal ini saya ambik dari buku yang baru saya beli semasa 'book fair' 2014 yang bertajuk "Diagnosis" karya Dr.Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah terbitan Dubook.



Walaupun ada diantara kita yang rase agak janggal dengan syarikat Dubook, tapi apa yang yang saya boleh simpulkan bahawa, buku-buku terbitan Dubook memang awesome ! Cara penyampaian yang santai dan sangat unik even kertas yang digunakan berwarna kuning yang recycle..
 (*macam tolong promote pulak..huhu)


Apa-apa pun, banyakkan membaca kerana ia adalah kunci segala ilmu. Jangan terpedaya dengan slogan si pemalas iaitu "membaca buku atau berguru dengan buku ialah berguru dengan syaitan".

Apa guna Allah menurunkan ayat pertama iaitu "Iqra" ? Apa erti para ulama' mengarang banyak kitab jika ia hanya untuk disimpan di gedung sahaja ? Rakyat Malaysia memang sudah banyak membaca tapi lingkungan bacaan masih kecil dan berputar pada benda yang sama. Jadi, jom kita sama-sama luaskan pembacaan kita sampai ke negara Korea.. *tetibe*

Akhir kata, wallahualam.. Maaf salah silap ^^







Saturday, 12 April 2014

Wanita Bekerjaya


Bismillahirahmanirahim...

"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu dibumi Allah, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung"

[Al-Jumu'ah : 10]


Assalamualaikum... :)


uhuk..uhuk.. berhabuk kan blog seindah fantasi nie ? hee


Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, saya Nur Suhada, tuan punye blog ni baru sahaja menamatkan pelajaran diplomanya.. Okey.. Sila tepuk tangan..haha.. Sebab tu dah lama sangat tak bukak dan tak update blog nie.. Sibuk la katakan.. jap ! Alasan semua tu.. Kan ? Manusia memang suke mencipta beribu-ribu alasan.. Okey..Maaf semua.

Bila dah habis belajar ni, semua orang maklum kan, ada kawan2 yang sudah start bekerja dan ada juga yang menjadi surirumah membantu umi di rumah. Sudah tentu saya bukanlah dari golongan kedua yakni duduk dirumah. Saya pun mula memasuki alam pekerjaan. cewaahh..apasal skemata sangat ayat ni..ngee



Bila dah bekerja ni memang sangat penat.. Tak sempat nak buat ape-ape pun..(over je ni). Tapi memang lumrah orang bekerja terutamanya perempuan. Mase bujang ni boleh lar lagi kalau setakat nak tengok-tengok TV waktu malam sambil buat kerja untuk kelas mengajar esok..

Saya cume terfikir, macam mana orang yang sudah memegang taklifat sebagai ibu dan isteri sekaligus seorang yang bekerja.. Macam mana pengurusan masa mereka ? Sempat ke ? Saya pernah lar jugak terdetik, kalau dah kahwin, tak nak lar kerja.. Nanti tak dek masa untuk anak-anak dan suami.. Boleh ke macam tu ? Okey...Yang lain jangan terasa..huhu

Menurut pelatih pemulihan profesional dan Pengarah Urusan C&P Ventures Sdn. Bhd, Evelyn Ch'ng, wanita yang hanya ingin mengutamakan kerja tanpa mempedulikan hal lain, perlu melupakan tentang niat untuk bersuami dan anak.

Hah, terkedu lepas jumpa fakta tersebut. Okey.. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kebanyakan kaum wanita yang bekerja mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antaranya ialah, "aku dah belajar sampai master, takkan nak duduk kat rumah jea..nak jugak mempraktikkan apa yang aku belajar".. Itu satu hal.. Betul lar kan.. Ibubapa sekarang lebih cenderung untuk menghantar anak mereka melalui pendidikan formal. Ada yang belajar sampai phd dan sebagainya.

Ada juga wanita yang bekerja untuk membantu suami. Point ni sangat penting. Dalam kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, gaji suami sahaja kadang-kadang tidak dapat menampung kos pembelanjaan anak-anak dan isteri. Lantas, isteri turut sama terjun ke alam pekerjaan untuk membantu suami dalam rumahtangga. Dalam keadaan ekonomi sekarang, wanita lebih praktikal untuk bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. :)




Saya pun fikir perkara yang sama..huhu..  Wanita yang bekerja sangat perlu untuk mahir mengurus masanya bersama anak-anak dan suami. Kualiti masa bersama anak-anak dan suami lebih penting dan lebih efektif berbanding kuantiti. Saya pernah berbincang tentang perkara ini dengan pensyarah  saya yang juga merupakan seorang ibu. Beliau berkata kepada saya, "berapa ramai remaja yang terlibat dengan msalah dadah yang mempunyai ibu yang bekerja sebagai surirumah?" dan "Berapa ramai remaja yang terlibat dengan kegiatan merokok yang mempunyai ibubapa yang bekerja ?"

Kesimpulan saya dapat saya buat ialah, bukannya berapa banyak masa  yang diperuntukkan untuk anak-anak penentu kepada kecemerlangan anak-anak samada dari sudut akhlak dan pelajarannya. Akan tetapi, metod (cara) yang digunakan oleh suami dan isteri dalam membentuk anak-anak mereka  sejak dari pemilihan bakal suami atau isteri...*okey mengarut..huhu



Pada masa yang sama, wanita perlu faham bahawa peranan sebagai ibu dan isteri sangat penting untuk mendidik anak-anak menjadi pemimpin masa hadapan. Bukan saya katakan kerja itu tidak penting akan tetapi seiringkan ia. Memang susah tapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Ada beribu kelebihan untuk wanita yang bekerja. Tidak perlu saya huraikan disini.



Walau setinggi manapun jawatan yang disandang, kebijaksaan dalam mengurus rumah tangga sangat penting. Wanita yang bekerjaya perlu bijak. Peranan suami juga amat bermakna dalam membantu isteri mencorak rumahtangga anda. Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun! - Saidina 'Ali... Dan yang paling penting ialah komunikasi antara suami isteri dan anak-anak..cewahh.. Gaya motivator dah..huhu

Okey..dah panjang pulak saya membebel.. Itu hanyalah sekadar pandangan saya as budak sekolah yang masih muda. Harap maklum. Bagi saya sendiri, saya tak kesah pun samada perlu bekerja atau menjadi surirumah.. Sekian.. Terima kasih bagi yang sudi membaca bebelan saya. Maaf salah silap. Wallahualam :)








Thursday, 14 November 2013

Semoga Al-Quran Terpahat Di Hati



" Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasainya). Dan sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya"

[Al-Qiyamah : 16-17]


Alhamdulillah walhamdulillah thummalhamdulillah...

hanya mampu tersenyum... Alhamdulillah.. Ini semua kerja Allah.. Kalau Dia kate "kun"...."fayakun"..
15 November 2013, saya telah menghabiskan hafalan Al-Quran saya dengan Pensyarah Tasmi' saya... Ustazah Jamilatun di Darul Quran Jakim pada pkul 10.13 A.M...



Al-Quran milik Allah..maka mintak lah dengan Dia. Terima Kasih Allah.. boleh tak kalau saya nak kate, saya sampai sekarang masih tak percaya saya ni hafaz Quran.. Dulu tak pernah terlintas langsung nak hafaz.. hanya tgk sepupu sepapat je hafaz.. tu lar nak katenye "wamakaru wamakarallah".. Allah merancang, kita juga merancang tapi Allah yang tentukan..




Siapa sangka kan.. Teringat mase mula-mula start hafaz dulu.. Fuh, memang susah sangat.. siyes tak tipu,, sampai rase nak keluar DQ (Darul Quran) pun ade... *menangis*.. Hari first masuk kelas, boleh hantar setengah muka surat jea..  *menangis lagi*...  Balik bilik, tengah2 mengaji tiba-tiba kawan yang kat atas katil tegur kita bace salah...(dia dah pnh hafal), *menangis lagi*.. Bukan nangis sebab marah tapi menangis sebab rase bodoh sangat... Pegi kelas tasmi' untuk hari2 yang seterusnya, hanya mampu hantar semuka setengah je.. *menangis*... orang lain boleh hantar sampai 4 mukasurat... alahai.. bile time kene iadah (mengulang balik hafalan yang dah hafal), mesti tak lancar.. sungguh.. tak tahu lar kenapa... *menangis*
Bile tak lancar, dah confirm2 kne denda.. *menangis lagi*




Asyik nangis je saya mase sem 1 dgn sem 2.. Yelar...dah hafal bukan sebab diri sendiri yang nak..memang macam nie.. Saya siap pasang niat nak lari DQ pun ade taw..hoho.. Tapi Allah masih bagi kekuatan.. Yea.. Saya yakin.. Sebab tu saya masih boleh bertahan kat sini dah hampir 3 tahun..

Tapi saya masih ingat kata-kata kawan saya.. mungkin sebab dia selalu tgk saya menangis kat bilik kot..dia kate "enti beruntung sebab enti menangis sebab al-Quran..sebelum ni enti ada tak menangis sebab nie ? " gulppp.. sentap..huhu

Sekarang jea boleh tasmi' banyak sikit...tapi tak lah banyak mane pun sebenarnya.. Menghafaz pun kne ade skill yang boleh masuk ngan kita.. Bile dah jumpa cara, inshaallah lar senang sikit.. Tapi bila dah tua-tua baru nak start hafal, memang lar lambat sikit.. Nanti kalau ade anak ke adik ke, hantar lah mereka-mereka hafaz Quran mase kecik lagi.. Tu jika tak nak menyeksakan mereka lar.. Otak budak2 kan still fresh lagi.. okey mengarut*

Kalau nak cerita dugaan mase menghafaz tu memang banyak lar.. Saya pernah kene tawaf bangunan kelas tasmi' sebab tak lancar.. Saya pernah kene berdiri kat luar kelas.. ish, macam2 lagi lar.. Kalau nak ikotkan malu tue, memang malu giler lar...haha.. tapi buat ape nak kesah, asalkan ingat Quran..huhu (poyo je ni).. Ni lar yang dikatakan pengalaman.... Kalau asyik nak senang jea, nanti kita tak pandai nak bersyukur..eh, yeke..?? hee..

Apa-apa pun, dah khatam tidak bermakna sudah habis tugas saya, malah semakin berat. Nak menghafaz lagi senang dari nak jaga Quran.. Quran ni sangat sensitif.. tak tipu.. untuk exam final nanti kene 30 juzuk.. siyes rase mcm nak pengsan..huhu.. btw, doakan kami semua terus thabat yea... tak nak jadi orang yang dilaknat oleh Al-Quran... Nauzubillah... Semoga Al-Quran Terpahat Di Hati... :)
Yang terakhir, terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya.. Inshaallah ada balasan dari Allah.. :)


Layyinul Harir
semuanya dari Allah... semuanya kerana Allah... wallahualam.. :)



Friday, 1 November 2013

Uwais Al-Qarni

Bismillahirahmanirahim...

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar.. :)

Uwasi Al-Qarni... tak tahu kenapa, tiba-tiba rase macam nak abadikan kisah Uwais ni dalam blog saya.. semoga bermanfaat kepada semua.. Saya sudah terpikat dengan nama Uwais Al-Qarni..huhu.. saya suka sebab saya kagum dengan beliau..

"ya Allah, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami  sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi org-org yang bertaqwa" [al-Furqan : 74]


Jom kita sama-sama terokai siapakah Uwais Al-Qarni nie... 

Uwais Al-Qarni ialah seorang yang sangat sederhana hidupnya. Beliau sempat hidup pada zaman Rasulallah tetapi tidak sempat berjumpa dengan Baginda lantaran beliau tinggal di Yaman dan perlu menjaga ibunya yang sakit. 

Kulitnya kemerah-merahan, tidak lekang berzikir: dagunya menempel di dada. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Makanannya air mentah dan tamar dan tidak pernah memakan makanan dimasak oleh api. Tiada orang yang menghiraukannya dan malah kehadirannya tidak pernah dirasakan.

Walaupun Uwais tidak pernah berjumpa dengan Rasulallah namun, Rasulallah pernah menyebut tentang Uwais melalui hadis baginda.

 Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Rasulallah juga bersabda :
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”

Uwais sangat mencintai Rasulallah walaupun tidak pernah bertemu. Sejarah menyatakan bahawa Uwais pernah meminta izin daripada ibunya untuk pergi ke Madinah untuk bertemu dengan Rasulallah. Pada ketika itu, ibu Uwais sedang sakit. Namun, melihat kepada Uwais yang sangat berharap agar dapat bertemu dengan Rasulallah, maka ibunya membenarkan Uwais untuk ke Madinah tetapi mensyaratkan agar Uwais segera pulang...

Sebelum berangkat ke untuk bertemu Rasulallah, Uwais telah berpesan kepada jiran-jirannya agar menjaga ibunya sepanjang ketiadaannya. 

Kemudian, Uwais pun berjalan menuju ke Madinah. Setelah sampai di Madinah, beliau segera pergi ke rumah Rasulallah. Namun, Saidatina Aisyah yang membuka pintu dan memberitahu bahawa Rasulallah tiada di rumah kerena pergi berperang. Saidatina Aisyah menyuruh Uwais untuk menunggu kepulangan Rasulallah namun Uwais menolak kerana teringat akan pesan ibunya yang menyuruh beliau segera pulang.

madinah sekarang


Uwais hanya menyampaikan salam kepada Rasulallah.. Apabila Rasulallah pulang, Aisyah menceritakan kepada Nabi bahawa ada yang mencarinya. Kemudian Rasulallah menjelaskan bahawa Uwais Al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya dan beliau menjadi penghuni langit yang sangat terkenal di langit.

Rasulallah berpesan kepada para sahabat, andaikata bertemu dengan Uwais, maka mintalah doa daripadanya. Sebab itulah, Saidina Umar dan Saidina Ali mencarinya... 

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?”
“Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
“Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.”



Ini adalah sebahagian daripada cerita Uwais Al-Qarni. Semoga bermanfaat untuk semua... :)
wallahualam...


Wednesday, 4 September 2013

Jom Join Usrah !


Bismillahhirrahmanirahim.....

"Malasnya nak pergi usrah petang ni"
ayat nie biasa jea saya dengar dan saya juga salah seorang yang berzikir-zikir dengan ayat tersebut
*jatuh katil*

Tak kenal maka tak cinta. Begitulah yang saya boleh simpulkan dengan usrah atau bulatan gembira. Yea betul. Maka, jom kita kenal apa itu usrah..
Usrah bermaksud keluarga.. Simple mimple jea maksudnya. So, bulatan gembira juga sangat simple dan osem.. Serious tak tipu..
Usrah boleh digambarkan sebagai satu kumpulan yang berkumpul untuk sayang-sayang , berkongsi pengetahuan, bertukar-tukar idea, bantu menbantu dan yang seerti dengannya..dengan bimbingan seorang ketua yang diberi nama NAQIB ATAU NAQIBAH.


Usrah tekankan 3 rukun…

Rukun Usrah :)



Jom kenali usrah anda.
Saya hanya ingin berkongsi serba sedikit tentang usrah. Saya yakin ramai dikalangan kita yang mempunyai usrah masing-masing. Usrah tersendiri. Mungkin usrah kita berlainan. Terdapat banyak sangat usrah di Malaysia mahupun di luar Malaysia. Ada macam-macam jenis usrah kita boleh tengok. Namum, adakah usrah anda betul-betuk usrah yang osemmm !?
Wahh ! soalan yang bagus kan ?
Anda pernah pergi shopping sekali dengan usrah anda ?
Anda pernah ke masjid sekali dengan usrah anda ?
Anda pernah bermusafir sekali dengan usrah ?
Anda pernah mandi sungai dengan usrah ?
Anda pernah berdebat dalam usrah ?
Anda pernah mengaji bersama-sama usrah ?
Anda pernah qiamullai dengan usrah ?



Jika belum, sila cuba di rumah…. Okey ! Apa yang saya cuba sampaikan melalui pertanyaan tersebut is…. Usrah bukanlah sekadar bulatan kecil, sambil membaca buku “apa ertinya saya menganut Islam” bersama naqib/ah yang serious tanpa ada nada dalam penyampaian sekali dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa…huwaaahhhh (tahan mengatuk ! ) hehe

Create your own usrah !  Jangan terlalu bergantung dengan adat semata-mata..
“alar, dulu naqib/ah aku pun buat macam nie”
“Best ke usrah kau dulu ?”
Mesti lar tak…
So, buat lar perubahan…
 “cakap senang lar…nak ubah itu, ubah ini…tapi… habuk pun tadak…ayoyo… 
*tepuk dahi*

Kalau saya tak buat ? Siapa yang akan buat… So, sampai bila-bila lar usrah tak best. Kalau usrah tak best, siapa yang nak datang ? haa, habis tu, macam mana dakwah nak sampai..



Kenapa Usrah nie seronok ??? !

Sebab……
               -Saya dapat mengenali dan mempraktikkan Islam.. jap, jap.. sebelum masuk usrah ni, saya tak kenal Islam lar ? oh ! Tidak sama sekali..Dalam usrah atau bulatan gumbira tue, setiap apa yang naqib/naqibah buat mesti bermatlamat kerana Allah.. kerana Islam.. walaupun ianya hanyalah permainan batu seremban..eh, ada ke ? hehe

“Aku tidak menjadikan manusia dan jin melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKU” [surah az-Dzariat : 56]
*senyum*
-  Belajar berkomunikasi a.k.a belajar bagi tazkirah.. Yang khas untuk orang-orang macam saya yang tak berapa pandai lar… Tapi, dengan adanya usrah, semua orang boleh, mampu dan pandai bercakap dihadapan.. Alar-alar masuk kelas tutorial Pengucapan Awam gitu…
Banyak lagi sebab yang menyebabkan Usrah tu sangat best… Selagi tak join, selagi tu tak tahu.. kan  ?

Selama saya berada dalam usrah dan pegang usrah, yang paling penting ialah rasa hubungan dengan ahli usrah itu sama seperti adik-beradik sendiri. Orang tarbiyah kate, “UKHUWAH”…huhu
Ini berdasarkan pengalaman saya menjadi ahli usrah dan naqibah yang sangat sibuk. Tetapi, disebabkan kami adik-beradik usrah dah sangat rapat, jadi kami yang buat usrah dan jemput naqibah kami datang… macam pemantau gitu.. Hebatkan naqibah saya.. Kami akan bahagi sendiri siapa akan bagi tazkirah, M.C, tayangan, bedah buku, isu semasa dan sebagainya…


Ciri-ciri Usrah yang berjaya anda kendalikan…

-         - Usrah kelihatan segar dan terus bersemangat walaupun dah bertahun-tahun dengan usrah yang sama..
-          -Ahli usrah ingin luangkan lebih masa untuk usrah.. sampai tak nak balik..
-          -Kehadiran yang tetap malah usrah masih boleh berjalan tanpa kehadiran Naqib/ah.
-          -Perubahan ahli usrah kearah yang lebih positif…yeay ! eh, Alhamdulillah
-          -Ahli Usrah selalu tanya, “kakak, abang, bila nak buat usrah lagi ?” … Pernah mengalami tak ?hehe
-          -Respon ahli usrah sangat baik.

Okey.. Banyak lagi yang saya nak kongsi…tapi akan datang pulak.. Kalau panjang sangat, orang akan bosan pulak.. Tak gitu ?
Sayangilah usrah anda. Jagalah amanah anda. Kelak ia akan menjadi satu penyesalan. wallahualam... :)






Saturday, 24 August 2013

Topup Kerajinan Anda !!


Bismillah.....
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukan kamu Aku tunjukkan suatu perdagamgan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?"

[Surah Saff : 10 ]

Assalamualaikum..... :)

ulalala..... Selamat  Hari Raya Aidilfitri... Rasenye tak lambat lagi kan.. syawal kan sebulan... tak gitu..
dah habis puasa 6 ke ? tahniah bagi yang beraye dan bagi yang belum, teruskan usaha anda... ada masa lagi nih..
sabda Rasulallah :
“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
pepatah ada menyebut, "perut itu adalah sumber penyakit dan berpantang itu penawarnya"
apa lagi....puasa lar... :)

pernah tak bace atau hafal surah al-Mu'minun ? 
kalau tak pernah, cube bukak sekarang !
yang dah pernah baca atau hafal, korang perasan tak kat awal-awal surah tu ada cerita tentang ciri-ciri orang yang berjaya...
mesti perasan kan ?
bagus-bagus...
tapi saya tetap nak cerita jugak yea... sekadar peringatan untuk diri saya yang tak berapa berjaya lagi..ngee :P

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

1) Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
2) yaitu orang-orang yang khusuk dalam solatnya
3) dan orang-orang yang menjauhkan dirinya dari (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
4) dan orang yang menunaikan zakat
5) . Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki. Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.



ini adalah ciri-ciri orang berjaya yang telah digariskan oleh Allah.. 
so, tak perlu pening-pening fikir teori lain yea... dan orang yang paling berjaya ialah orang yang paling dekat dengan Allah...

Buangkan rasa MALAS dan tidak semangat ! Allah kan ada.... kalau rase down atau kurang semangat, ingat dan fikir balik... kenapa kita buat benda tue ? kenapa kita ? bukan orang lain ? pasti awak punye jawapan kan ? :) Masa depan kita, kita yang tentukan...bukan Najwa Latif atau Dr. Morsi... semuanya kerana Allah... :)



"kamulah yang memilih jalan mana yang kamu inginkan bagi waktu ajalmu"
-assyahid Imam Hasan Al-Banna-

"masalah...???..sampai bila nak nak lari ?? kalau asyik nak lari, bila nak Qowiey, acu cube try test hadapi, dan serah semuanya pada Illahi" keke...
umi saya kate, kalau ubat malas ada jual kat pharmacy, nescaya hidup ka dunia tak best..huhu
okey ? kepada kawan-kawan saya yang tengah buat thesis tue, jgn tension2 yea.., senyum sikit.. :)




jom fight !! last year dah !! SEMANGAT SEMUA !!!




hehe... 
sekadar ini sahaja.... maaf andai terkasar bahasa...
wallahualam...

Thursday, 13 June 2013

MAJLIS NUQABA' DARUL QURAN









MAJLIS  NUQABA' merupakan satu pertubuhan yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ). Majlis Nuqaba' atau yang biasa dipanggil MN berfungsi sebagai satu wadah untuk mengelola para Naqib dan Naqibah sekaligus melicinkan perjalanan Usrah di Darul Quran.



Tanzim Asas Majlis Nuqaba' Darul, Quran



Barisan Pimpinan Majlis Nuqaba' Darul Quran 12/13


EX-OFICIO
ISMAIL NAZARUDDIN
BUSYRA ISMAIL

PRESIDEN
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD NASIR

TMBALAN PRESIDEN 1
WAN AMIR AFHAM BIN WAN YUSOFF

TIMBALAN PRESIDEN 2
ATIKAH SYAMILAH BINTI MAT AZID

SETIAUSAHA
MUHAMMAD TASYRIF BIN ZAKARIA

TIMBALAN SETIAUSAHA
IZZATUL WAFA BINTI RIJALUDDIN

BENDAHARI
MOHAMAD HASBULLAH BIN HASHIM

TIMBALAN BENDAHARI
NURUL AIDAH BINTI LIMAT

KETUA JABATAN TARBIYAH DAN KEPIMPINAN
MUHAMMAD SYAZWAN FAIZ BIN SHAHROM

TIMBALAN KETUA  JABATAN TARBIYAH DAN KEPIMPINAN
SHAFIDA BINTI OSMAN

KETUA JABATAN THAQOFAH
MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD ZUKI

TIMBALAN KETUA JABATAN THAQOFAH
NURUL IFFAH BINTI IDRIS

KETUA JABATAN PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
MUHAMMAD DAWUD AL-HAWARIY BIN HAMIZAN

TIMBALAN KETUA JABATAN PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
NUR SYUHADA BINTI MOHD ZAINUN

KETUA JABATAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN
IZZAT KHAIRIL BIN SALIM

TIMBALAN KETUA JABATAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN
NUR SHAKIRA BINTI MADIN

KETUA JABATAN EKONOMI
MUHAMMAD SAFWN BI ISMAIL

TIMBALAN KETUA JABATAN EKONOMI
AINA MARDHIAH BINTI CHE MAT






MOTO MAJLIS NUQABA' :

“KREDIBILITI NUQABA’ TERAS KE’IZZAHAN USRAH”

MATLAMAT MAJLIS NUQABA' :

“
SEBAGAI SATU WADAH UNTUK MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN PENDOKONG PERJUANGAN ISLAM UNTUK MENCAPAI KEREDAAN ALLAH”


OBJEKTIF MAJLIS NUQABA' :

1)                MELAHIRKAN INSAN RABBANI YANG TAAT DAN PATUH KEPADA Allah taala dan nabi Muhammad s.a.w.
2)                Sebagai satu wadah untuk menggerakkan agenda tarbiyah di darul quran.
3)                Sebagai satu wadah untuk memastikan kelangsungan agenda tarbiyah di darul quran.
4)                Menyusun dan mengatur manhaj tarbiyah serta menggerakkan melalui usrah.
5)                Menggerak dan memantapkan system usrah di darul quran berdasarkan manhaj-manhaj yang disusun.
6)                Merancang dan melaksanakan program-program bagi memantapkan usrah darul quran.
7)                Melatuh daya kepimpinan yang kreatif, islamik, beraspirasi dalam kalangan mahasiswa darul quran melalui pengalaman lepas dan kehendak semasa berdasarkan al-quran dan sunnah.

8)                Sebagai wadah bagi menyemai dan menyuburkan ukhuwah, mahabbah dan mawaddah sesama ahli.





Berminat untuk menjadi Naqib/Naqibah ?

Majlis Nuqaba' akan membuka borang permohonan kepada siapa-siapa yang berminat. Borang hendaklah diisi dengan lengkap.
Kemudian, calon tersebut akan dipanggil untuk menjalani temuduga yang akan dibuat oleh Majlis Nuqaba'.
Calon hendaklah menjawab beberapa set soalan yang berbentuk ujian bertulis dan ujian lisan.
Calon yang mendapat markah yang tertinggi akan dipilih sebagai ahli Majlis Nuqaba' atau Naqib/ab.

Setelah dipilih menjadi Naqib/ab, mereka perlu menjalani satu program persediaan sebelum mendapat ahli usrah atau Program Induksi Nuqaba'.

Explorace ke Kuala Lumpur dalam Program Induksi Nuqaba'

Setelah itu, akan diadakan Malam Pelancaran Usrah, yang mana Naqib/ab akan mendapat usrah masing-masing..





usrah baru... yeay !

ikrar Nuqaba'

adik-adik yang akan dapat usrah.. :)



Presiden kami :P

Silibus Usrah Tahun Satu :

- Tafsir Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas
- Tafsir Surah Al-Baqarah : 208-209 (Islam secara Kaffah)
- Tafsir Surah Al-Buruj (Ashabul Ukhdud)
- Surah Al-Baqarah : 216 (Kehendak atau keperluan)
- Al-Ahzab : 21 (Rasul sebagai Role model)
- Ali-Imran : 104 (Amar makruf nahi mungkar)
- As-Saff : 14 (Barisan Kukuh)
- Pengenalan kepada usrah
- Aqidah islamiyah pegangan yang utuh
- Konsep syahadatain dan tuntutannya
- Akhlak islamiyah dan tuntutannya
- Islam sebagai Addin
- Apa itu tarbiyah
- Konsep ibadah dan tuntutannya
- Dakwah individu dan kelompok
- Kehidupan Baginda selepas diutus menjadi Rasul
- Permulaan wahyu sehingga hijrah ke Habsah
- Hijrah sehingga nabi stabil di Madinah
- Perang Badar, perang uhud, perang bani Nadhir, perang Ahzab
- Perkara Niat dan yang berkaitan dengannya
- Islam bermula dengan dagang
- Hadith ihsan
- Dunia penhara orang mukmin dan penjara orang kafir
- Perkara takwa dan berkaitan dengan
- Hadith Bid'ah
- Wajib menuntut ilmu agama dan kelebihannya
- Pengenalan kepada kampus life
- Hiburan dan muamalat dalam islam
- Keruntuhan akhlak
- Mahasiswa dan masyarakat
- Pasang surut umat Islam
- Adab menangani perbezaan pendapat
- Pengurusan dalam Islam
- Mengenali serangan pemikiran


okey, mesti nampak pelik kan ? tiba-tiba saya cerita pasal Majlis Nuqaba'..
act, nie hanyalah untuk sementara..
ada beberapa perkara yang belum diselesaikan..
kepada sesiapa yang pernah tanya saya pasal usrah di Darul Quran, boleh rujuk kat sini yea..
sini pom boleh... :)
apa-apa pertanyaan atau komentar, boleh terus hubungi saya... 
syukran...