apa itu ikhtilat ???
Adakah lelaki langsung tidak memandang
wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika
berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya
terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan
wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan
lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian
alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam
kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu
dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah
menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua
masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal
penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada
malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia
ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang
dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada
akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga
keharmonian alam.
Namun apa dah jadi pada masa ini.
Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas
keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal
lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa
masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Saya menyarankan ikhtilat adalah
baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga
menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa
gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan
berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si
wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti
dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan
dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak
menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati
wanita.
Kedua-duanya tidak akan tenggelam
dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak
tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan
dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan
dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan
sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI
KAMU DEKATI ZINA.
Kenapa perlu si lelaki sentiasa
bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya
masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan.
Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan
langsung tidak dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta.
Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin
hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau
dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk
memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang
paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi;
lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.
Diriku terfikir sejenak..ada jugak
diantara kita yang terlibat (peringatan buat diri yang hina ini juga)..yakni
yang hafal Al-Quran ataupun tak..yg paham agama pun xkurang jugak..hebat
berkata2..sejauh pemahaman orang yg hafal Al-Quran e2 terhadap bab2 ikhtilaf
ini..sejauh mana pehaman yg paham agama e2 terhadap masalah ini.. apa yang ana
nampak mereka2 inilah yang melangkah jauh dalam bab ikhtilaf ini..padahal
merekalah pembawa kalam Allah e2..bukankah sedih???? orang yang faham agama
dengan sebetul2nya boleh terlibat dgn ini apatah lagi mereka2 diluar sana yg xmemahami or xtaw
lgsg..ramai yg memberi alasan dgn berkata ini adalah urusan kerja..awal2 mmgla
urusan kerja..lama2,mulalah berlarutan dgn soklan2 yg xspttnya..wujudkah cinta
ana enti/ana enta???..ramai yg berjanji akan menunggu antara satu sm lain
kerana jarak yg memisahkan..xpun kerana takut si dia e2 kita xmiliki..namun
pernahkah kita terfikir keberkatan dalam apa yg kita lakukan ni??? TEPUK DADA
TANYA IMAN..syaitan sgt bijak..mudah sj syaitan nak menyesatkan kita..perkara2
seperti inilah slh2 1 cr syaitan..bodohnya kita!!! kita terperanjat..kita masuk
dalam perangkat syaitan..jangan hairan nanti bilamana suatu saat
berlakunya keruntuhan moral n akhlak yg sgt2 teruk pd golongan2 muda disebabkan
bab2 ikhtilaf ini..apa peranan kita????
Ayuh pemuda!! bangkitlah…Islam
memerlukan INSAN MUJAHID BERJIWA HAMBA..bukannya yg membawa kpd kelalaian..
Ayuh pemuda!! bangunlah..dengan
gagah,,gunakanlah 9 akal yg dikurniakan e2..jgn kau kalah pd 1 nafsumu e2..
Ayuh pemudi!! sedarlah..ketegasanmu
benteng AGAMA..
Ayuh pemudi!! tangkislah..syadidkan
lah dirimu sekiranya e2 perlu..jangan sekali2 kau lemah..
ISLAM MEMERLUKAN INSAN2 YANG BERJIWA
PEJUANG!!!!!!
No comments:
Post a Comment