Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Assalamualaikum…J
Waahh…dapat jugak saya menaip.. dah lame tak post ape2 kat
sini.. Sibuk..huhu.. Sibuk lar sgt..
>>> Suara
Dj berceloteh dihujung corong radio menarik minatku.. Tajuk yang menarik
untuk diperbahaskan..”2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia 25 tahun keatas
belum berkahwin”.. majoriti daripadanya ialah lelaki.. Kemudian, ramai yang
memberi respon berkenaan dengannya..
Terdetik
dalam hatiku, apa yang membuatkan berlakunya keadaan sedemikian walhal bagiku
yang masih mentah ini, kebanyakkan yang masih belum berkahwin adalah dikalangan wanita.. Namun, mungkin itu
statement yang terbaru.. otakku ligat menyambungkan
neuron-neuron..apakah punca ini semua?? Hmm,
ini boleh menjadi tajuk untuk kajianku..
Pada
era globalisasi maklumat dihujung jari ini, mejadi satu kebiasaan jikalau
wanita tidak berkahwin.. Ini kerana, populasi wanita yang semakin meningkat dan
kurangnya lelaki yang berwibawa. Wanita juga sering kali dimomokkan dengan suka
memilih dan lebih mementingkan kerjaya. Apabila wanita asyik dengan pelajaran
dan kerjaya, sedar atau tidak, usia mereka semakin meningkat. Oleh sebab itu,
ramai dikalangan mereka yang terlepas zaman ‘bercinta’ seterusnya tidak merasai
nikmat ‘raja sehari’.. Kemudian gelaran ’andalusia’ atau ‘andartu’ pula yang
dilemparkan kepada mereka..
Tiba-tiba
teringat satu tajuk kuliah Fiqh Mar’ah yang dihadiri semasa dikampus. NIKAH
MISYAR.. Ya..masih segar lagi tentang isi kuliah yang disampaikan oleh seorang
ustaz yang tak asing lagi di DQ. Us. Wan Mohd Nor.
Asas
kepada Nikah Misyar terbahagi kepada dua
:
1)
Wanita dikahwini tanpa diberikan nafkah,
2)
Malam pembahagian lebih utamakan isteri
pertama..
Contohnya :
Aminah seorang yang berkerjaya tetapi masih belum
berkahwin.. Manakala Ali sudah berkahwin dengan Zainab. Aminah mahu menikahi
Ali tapi Ali tidak mampu untuk memberi
nafkah dan berlaku adil kepada Aminah. Tetapi Aminah sanggup. Aminah juga
memberikan kebenaran kepada Ali untuk berada dirumah Zainab lebih lama
berbanding dirumahnya. Aminah melepaskan dua hak keatasnya iaitu nafkah dan
malam giliran. Inilah yang dinamakan nikah misyar..
Terdapat 3 pandangan ulama’ :
1)
Harus tapi tak digalakkan
2)
Haram
3)
Senyap
>> Yang pertama iaitu harus tapi tak digalakkan. Dr.
Yusuf Al-Qardawi dan Dr. Wahbah Zuhairy..seseorang datang bertemu
Syeikh Qardawi lalu bertanya :
apakah hukum nikah
misyar ?
jawab Syeikh Qardawi : aku bukanlah orang yang menyukai
jenis perkahwinan ini. Aku juga tidak berkhutbah dihadapan orang ramai tentang
ini dan tidak pula menulis secara khusus tentang ini. Aku hanya sekadar
menjawab pertanyaan. Sesetengah ulama’ mengatakan makruh dan aku bersetuju
dengannya.
Dr. Wahbah Zuhairy – perkahwinan ini tidak digalakkan kerana
tak boleh menjana maqasyid syariah. Apabila darurat sahaja boleh seperti di
Palestin.
>> Yang kedua
iaitu haram dan tak sah dari sudut syara’.
Syeikh Nasiruddin al-Bani
mengatakanya haram. Manakala Syeikh Muhammad Zuhaili mengatakan nikah misyar
ini menolak dan menafikan tujuan perkahwinan. Kemudaratan lebih banyak dari
kebaikan dan akan menjadikan lelaki yang akan mengambil kesempatan ke atas
wanita..
>> Yang ketiga iaitu senyap.. Syeikh Muhammad Soleh..
Sebenarya, nikah misyar ini sudah lama ditanah arab tapi di
Malaysia, ia adalah suatu yang baru. Ini kerana, di Palestin misalnya, ramai
wanita yang menjadi janda lantaran suami mereka bergelar syuhada’ pada usia
anak mereka masih kecil.. wanita disana juga mendapat gelaran janda dalam usia
yang muda. Untuk memastikan zuriat mereka berterusan, mereka terpaksa melakukan
nikah misyar ini..
Masih banyak yang perlu dikaji dan diteliti.. Mungkin ini
adalah sedikit perkongsian dari saya yang masih banyak kekurangan dan
kekhilafan.. Semoga article ini sedikit sebanyak mencetuskan sifat berfikir
dikalangan mahasiswa khususnya dalam menegakkan syiar Allah. Wallahualam~
[jikalau terdapat salah atau kekeliruan, mohon jasa baik
kalian untuk memperbetulkan saya]
peace no war… J
peace no war… J
salam.. satu pernikahan yg dinamakn nikah misyar itu kerana wanita melepaskn 2 hak bsar trhdp drinya iaitu nafkah zahir dan batin --> trpulg pd si suami utk glirn brmlm.. xmsti isteri 1st dpt glirn lbh.. tu yg den fham la.. ^_^
ReplyDeletesecond, laki lbh rmai yg blum kahwin? stu pnemuan yg pelik ni.. sbb pe ek?