Wednesday, 26 December 2012
68 : 1
Bismillahirrahmanirahim... ^^
"katakanlah (Muhammad), 'tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung"
[al -Maidah : 100]
Assalamualaikum..
kenapa tajuk saya kali nie 68 : 1 ? apa maksudnya yea KasutRiben ? kepada yang dah tahu, teruskan membaca.. okey.. korang perasan tak, kalau ada member-member korang post status ayat Quran kat facebook, mereka akan tulis >>>
"wahai orang-orang yang beriman ! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ?"
[61 : 2]
cuba korang bukak Quran dan tengok kat senarai NAMA SURAH.. number 61 surah ape ? wah ! pandainye.. surah as-Shaff.. 2 tue pulak bermaksud AYAT KE BERAPA dari surah tersebut.. kesimpulannya is surah As-Shaff ayat ke-2..
err, macam ustazah pulak.. :P
kembali kepada asal... hari jom kita sama-sama tadabbur kitab cinta kita..al Quran.. ^^
"Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan"
[68 : 1] atau [al-Qalam : 1]
masa muda-muda dulu, saya pelik..kenapa dalam Quran ade surah nie.. Qalam.. yang saya tahu, orang akan sebut "kale" dalam longhat kelantan atau "kalam".. baru sekarang saya jumpa jawapannya.. dan saya nak share.. boleh ? nak share jugak !
cuba teliti dan perhalusi...setiap tamadun dan zaman WAJIB mempunyai alat untuk menulis dan setiap alat penulisan mereka mempunyai keunikan yang tersendiri dan direka bersesuaian dengan susunan huruf dan kesenian semasa.. korang perasan tak ?
kalau korang rajin tengok filem P.Ramlee, mereka menggunakan bulu burung untuk menulis.. Perubahan demi perubahan yang sangat ketara berlaku.. sampailah teknologi sekarang, gune pen tanpa dakwat..haa, pen jenis nie boleh digunakan hanya pada "touch screen".. alar, handphone korang lar.. pakai pen bagai.. canggih tak ?
Bagi anak-anak yang tak sempat hidup zaman dulu-dulu, saya akan senaraipendekkan jenis pen lama yang tidak lagi kita guna sekarang..
Pena Celup :
mempunyai mata pena yang biasanya diperbuat dari logam.
Pena Dakwat :
mempunyai mata pena yang diperbuat daripada bulu. penggunaan bulu ini daripada tahap biasa seperti bulu kambing sehinggalah tahap mahal seperti bulu harimau dan rusa.
Pena Bulu Burung :
sejenis pena yang menngunakan muncung pada bulu burung yang agak besar. digunakan sebelum terciptanya pen celup. bulu angsa kerap digunakan selain bulu burung helang dan bulu burung hantu.
Dan ciptaan Allah itu tidak sia-sia.. Ulama' menyatakan antara kehebatan pena ialah Allah bersumpah dengan pena bagi membuka lembaran ILMU kepada manusia terutama kepada orang yang beriman.
Saya bukanlah seperti Imam Syafie.. makanya saya memerlukan pena untuk melengkapkan pembelajaran saya. Seperti yang sudah kita maklum, pena menggambarkan ilmu dan pengetahuan.. Dengan ilmu, pelbagai perkara mampu diterokai..
Faedah sumpah nie menunjukkan bahawa al-Quran ialah kitab saya, juga kamu yang merupakan orang islam. Yang akan ditulis dan dibaca. Sebab tue lar Rasulallah s.a.w mengarahkan sahabat untuk tulis setiap wahyu yang diturunkan..
Subhanallah ! Hidup ini penuh catatan dan pastikan setiap catatan itu yang terbaik !
Wallahualam.. maaf andai tersalah bicara.. mohon teguran..
kawan-kawan, doakan saya ye.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment