Sunday, 20 January 2013

Dataran Merdeka Jadi Saksi

Bismillahirrahmanirahim....

"maka perhatikanlah bagaimana akibat daripada tipu daya mereka, bahawa Kami membinasakan mereka kaum mereka semuanya"

[ An-Naml : 51 ]

Assalamualaikum...
ini post aku yang pertama untuk tahun nie.. 2013..
untuk yang pertamanya, tahun ini merupakan tahun baru untuk aku..
sebenarnya untuk korang semua jugak..kan..
so, salam 2013..
act, aku sangat takut untuk menghadapi hormon-hormon pada usia 20 nie..

sebenarnya ini bukan tajuk utama yea..
apa yang ingin aku kongsikan ialah pengalaman pertama aku menyambut tahun baru di Dataran Merdeka.

selepas cutu midsem tamat, aku bersama-sama sahabat yang lain menjadi sukarelawan dakwah untuk turun ke lapangan.
aktiviti kami bermula pada petang 31/12/2012 di Masjid As-Syakirin KLCC.

tapi, disebabkan aku datang lambat (sebab susah nak tinggalkan rumah),
aku tak dapat nak join group selepas zohor tue..
selepas asar, kami dilepaskan untuk mendekati orang ramai yang berada di taman KLCC.

aku dibekalkan oleh seorang senior dengan beberapa helai risalah untuk diagihkan.
senang tak ?
allahuma...sangat SUSAH ! serius ! tak tipu !

mula-mula, aku hanya mampu berjalan dan tersengih-sengih jea..
kemudian, selepas dipaksa oleh sahabat, baru berani sikit..sikit jea..

macam tak pernah jea belajar teori komunikasi dakwah, psikologi dakwah, metodologi dakwah dalam kelas..
semasa perbentangan, semua orang mampu cakap.. paktikalnya ??
hmmm..

imagine, dalam keadaan mereka-mereka tengah syok "berukhuwah"..
aku datang nak borak-borak dengan diaorang.. boleh diibaratkan aku nie sebagai penyibuk lar kan..
dah lar pakai tudung besar macam alas meja.. baju labuh giler..haha.. (bukan aku cakap)

aku cuma dapat satu point kat sini..
aku dapat merasai kebenaran satu hadith iaitu...

sabda Nabi : "Islam itu bermula dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali menjadi dagang (asing). Maka beruntunglah orang-orang yang dagang yakni asing..

korang setuju tak ?
aku rasa hadith ni satu berita gembira untuk aku dan sahabat2 yang nampak pelik bila jalan tengah-tengah masyarakat..^^

selepas selesai tugas di KLCC, kami berangkat pula ke Dataran Merdeka untuk melakukan tugas yang sama..tapi masa yang berlainan..

selepas solat isyak berjemaah,
 kami diberi taklimat oleh pimpinan Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia),
kami diagihkan kepada beberapa group kecil yang terdiri dari pelbagai universiti..
time ni macam tak percaya jea..
aku jumpa kawan-kawan mase sekolah dulu..
yea ! SMAPT punye kawan..


okey ! after bagikan  group, kami bergerak dalam group dari Masjid India ke Dataran Merdeka..
kami deberi beberapa helai risalah untuk diedarkan..
lagi sekali..

di Dataran Merdeka sangat ramai orang..macam biasa lar kan..
sampai je di satu kawasan, kami diberi arahan untuk mem"freeze"kan diri dalam 10-15minit..
memang jadi tumpuan lar..
tak pe..satu pengalaman baru..

kemudian, kami depecahkan pula kepada satu group kecil.. 3 orang je termasuk aku..
dan ketua group tue junior time sekolah SMAPT..
alahai, keciknye dunia.. baruku kenal..

kami bergerak untuk mengedarkan risalah..
ada yang menerima dan tak kurang juga yg menolak..
yang perli-perli kitaorang memang tak payah nak cakap lar kan..
perit..sakit hati..semua ada..hanya mampu tersenyum..

bila diingat kembali sirah Rasulallah berdakwah,
dikuatkan juga langkah..

lastly, sama-sama doakan yang terbaik untuk Islam.. :)
wallahualam..
















2 comments: