Monday, 1 April 2013

MARI KENAL MUSTAFA KAMAL ATATURK



" Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang"

[Surah Al-Ahzab : 42 ]


Assalamualaikum....


Nampak tak habuk habuk itu.. lama tak bukak.. mai sini, ana nak cerita.. cerita tentang seseorang yang dah terkenal... semoga jadi iktibar untuk semua...


  1)  Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang mana ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi yang bekerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada juga yang mengatakan beliau bukan bapa kandung Ataturk.




2) Ketika berusia 12 tahun, Ataturk masuk ke Sekolah Tentera Salonika dan menyambung pelajaran ke Akademik Tentera Monasitar. Kemudia Ataturk ke Kolej Tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraan.

3) Siapa yang masih tidak mengenali Ataturk ??  Ataturk lah yang bertanggugjawab meruntuhkan kerajaan Islam yang kita banggakan selama hari ini... masih ingat tarikh 3 MAC 1924 ??? Tarikh yang menjadi pemula kepada kejatuhan Khalifah Islamiyah yang telah dibina sejak dahulu.

4) Sultan Abdul Majid yang merupakan Khalifah yang terakhir telah diusir dari pentadbiran hasil daripada mesyuarat Majlis Nasional yang diketuai oleh Ataturk. Semuanya telah dirancang !

5) Selepas pemerintahan Turki diambil alih oleh Atartuk, banyak perkara yang telah ditetapkan oleh beliau.. Antaranya :

 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

 4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

 5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

 6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

 8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

 10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Istanbul

haa, banyak nombor kan kali nie ? Cuti lepas duk hadap buku pasal Kamal Ataturk.. Jadi, ana kongsi lar.. 
kongsi apa yang orang dah tahu.. tapi tape.. sekadar ingatan balik jea.. Syukran semua.. 

yang last, doakan ana yea.. :)






No comments:

Post a Comment