Sunday 4 May 2014

Ajaibnya Sedekah


Bismillahirrahmanirrahim...

"Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang diatasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada yang kafir"

[Al-Baqarah : 264]

Ini cerita tentang seorang kawan. Sejak aku mengenalinya, dia memang seorang yang biasa. Terdiri daripada keluarga yang biasa. Tapi dia seorang yang pemurah. (mungkin) Dia selalu bersedekah. Aku agak selalu bermusafir bersamanya termasuklah ke kota Metropolitan, Kuala Lumpur. Memang ramai gelandangan mungkin yang menagih simpati memohon sedikit rezeki. Dia segera menghulurkan sedikit wang walaupun kami semua tahu ianya mungkin adalah sindiket. Tapi bukan semua peminta sedekah yang menjadi pilihan kawanku ini. Aku pernah menyoalnya.


Katanya "kita jangan bagi dekat orang yang mampu untuk membuat kerja lain".
Aku pun bertanya "maksud mampu itu macam mana ?"
"Lihat kepada keadaan fizikalnya. Jika masih sihat walafiat, jangan bermurah hati dengannya.", kawanku menjawab.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya. - Riwayat Bukhari dan Muslim


Ada beberapa perkara yang terjadi kepadanya akibat daripada sedekah yang membuatkan aku kagum dan bertambah yakin dengan janji Allah dan hadith Rasulullah : 
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )



Betul ! Disaat kawanku itu hanya mempunyai beberapa ringgit sahaja dan mempunyai masalah untuk mengeluarkan duit dari akuan banknya, dia hanya membaca beberapa ayat dari Surah Al-Talak ayat 2 dan 3 yang dikenali dengan ayat seribu dinar. Mungkin dia juga turut rungsing tapi dia tahu Allah sentiasa ada untuknya. Tanpa disangka-sangka, pada keesokkannya, ada orang yang membayar duit kepadanya. Bukan itu sahaja, tetapi banyak peristiwa yang berlaku yang menunjukkan kekuasaan Allah tentang kelebihan dan keajaipan sedekah. Kawanku ini memang tidak pernah berkira jika dia ada. 


Dari situ aku mula belajar bahawa sedekah itu bukan perlu dilakukan ketika kita sudah kaya, tetapi bersedekahlah untuk kaya. 




Tidak rugi sedikit pun kerana di dalam setiap harta yang kita ada, mungkin terdapat rezeki orang lain juga didalamnya. Maka, haruskah kita menahan rezeki orang tersebut untuk sampai ke tangan orang yang berhak itu ? 




So, tunggu apa lagi.. Jangan rasakan elaun dan gaji kita tidak cukup untuk diberikan kepada orang lain sebab manusia memang tidak akan pernah merasa cukup. Abah saya selalu cakap "abah sangat takut kalau Allah uji kita dengan harta sebab tidak ramai yang mampu untuk menghadapinya"... Makin banyak kita ada, makin kita rasa tidak cukup. Maka, bersedekahlah.. :)





Sedikit penerangan dari potongan ayat diatas..

Sedekahlah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

Wallahualam.. Maaf salah silap.. ^^





1 comment: